PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI

Posted on September 3, 2008. Filed under: Pemakanan dan Penyakit | Tag: |

Penyakit darah tinggi  yang tidak dikawal boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang

 

Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui :

 

·         Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor

·         Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian

 

PENJAGAAN MAKANAN

 

1.       Kurangkan pengambilan garam

 

Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.

 

·         Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan

·         Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG

·         Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan

·         Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)

·         Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.

 

MAKANAN TINGGI SODIUM

Perisa Makanan

Makanan dikeringkan

Makanan proses  dan makanan tin

 

Lain-lain

 

Garam

Kicap

Sambal belacan, cencaluk, tempoyak

Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ)

MSG

Kiub/Stok masakan

Tauchu

Perencah segera

Krim salad

mayonis

 

Ikan kering/ udang kering/sotong kering

Ikan bilis

Jeruk masin

Telur Masin

Sayuran jeruk/masin

Daging salai

 

 

 

Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung

Daging/sotong/ayam dalam tin

Sardin,tuna dalam tin

Sup dalam tin/sup segera

Sausage,nugget,burger

Bebola ikan,kek ikan

 

Keropok ikan/udang

Pelbagai makanan kudapan/ringan

Mee egera/mee suah

Papadum

Maruku

Keju

Makanan segera

Pati daging

Kacang bergaram

 

 

 

2.       Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi

 

·         Elakkan makanan yang tinggi koleterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan

·         Hadkan pengambilan makanan laut( uang, ketam,sotong, kerang  dan siput)

·         Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)

·         Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam

·         Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak

 

3.       Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat

 

·         Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah

 

4.Penurunan Berat Badan

 

·         Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.

·         Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari

·         Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera

·         Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain

·         Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung

·         Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.

 

 

 

Sumber: Flyers, Kementerian Kesihatan
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pemakanan untuk Pesakit Gout

Posted on Ogos 28, 2008. Filed under: Pemakanan dan Penyakit | Tag: |

Makanan mengandungi purin dan metabolismanya akan menghasilkan asid uric dalam darah. Jika terdapat gangguan ke atas proses metabolism purin, pengumpulan asid uric yang tinggi dalam air kencing akan mengakibatkan batu karang. Asid urik akan berkumpul di sendi-sendi dan menyebabkan penyakit gout. Aras asid uric yang normal di dalam darah kita adalah kurang daripada (340umol/L)

Pemakanan yang asid uric yang berlebihan menyebabkan pengalami penyakit gout aatau penyakit ‘hyperuricaemia

 

Jenis Diet yang diperlukan

 

·         Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi perlu dielakkan

·         Kuantiti dan kekerapan makanan tinggi purin dimakan setiap kali akan menentukan jumlah kuantiti purin yang diambil

 

 Jenis Makanan yang tinggi purin ialah

 

Protein

Hati,jantung,hempedal,otak,daging, ikan bilis, ikan sardin, ketam

Kekacang

Kacang soya, kacang dhal, tempeh, tauhu

Bijirin

Oat, bijirin sarapan pagi,roti

Sayur-sayuran

Bunga kobis, bayam, cendawan,asparagus, ovacado

Selain mengawal makanan yang tinggi purin pesakit juga perlu mengawal berat badan, minum banyak air sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk mengkumuhkan asid urikdan elakkan mengambil alkohol. Ini kerana alkohol boleh meningkatkan asid urik dalam badan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Puasa dan Pesakit Diabetik

Posted on Ogos 6, 2008. Filed under: Pemakanan dan Penyakit | Tag:, |

Pesakit Diabetik tidak perlu risau jika berpuasa. Mereka perlu mengambil ubat mengikut aturan yang ditetapkan. Jangan sekali-kali lupa mengambil ubat. Pemakanan yang sihat dan seimbang perlu diamalkan. Mengambil buah kurma sekadar mengambil sunat sahaja. Elakkan memakan kuih yang manis dan air yang manis kerana ia tidak menyihat ketika berbuka puasa.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...