PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI

Posted on September 3, 2008. Filed under: Pemakanan dan Penyakit | Tag: |

Penyakit darah tinggi  yang tidak dikawal boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang

 

Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui :

 

·         Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor

·         Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian

 

PENJAGAAN MAKANAN

 

1.       Kurangkan pengambilan garam

 

Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.

 

·         Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan

·         Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG

·         Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan

·         Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)

·         Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.

 

MAKANAN TINGGI SODIUM

Perisa Makanan

Makanan dikeringkan

Makanan proses  dan makanan tin

 

Lain-lain

 

Garam

Kicap

Sambal belacan, cencaluk, tempoyak

Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ)

MSG

Kiub/Stok masakan

Tauchu

Perencah segera

Krim salad

mayonis

 

Ikan kering/ udang kering/sotong kering

Ikan bilis

Jeruk masin

Telur Masin

Sayuran jeruk/masin

Daging salai

 

 

 

Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung

Daging/sotong/ayam dalam tin

Sardin,tuna dalam tin

Sup dalam tin/sup segera

Sausage,nugget,burger

Bebola ikan,kek ikan

 

Keropok ikan/udang

Pelbagai makanan kudapan/ringan

Mee egera/mee suah

Papadum

Maruku

Keju

Makanan segera

Pati daging

Kacang bergaram

 

 

 

2.       Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi

 

·         Elakkan makanan yang tinggi koleterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan

·         Hadkan pengambilan makanan laut( uang, ketam,sotong, kerang  dan siput)

·         Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)

·         Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam

·         Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak

 

3.       Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat

 

·         Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah

 

4.Penurunan Berat Badan

 

·         Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.

·         Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari

·         Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera

·         Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain

·         Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung

·         Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.

 

 

 

Sumber: Flyers, Kementerian Kesihatan

Make a Comment

Tinggalkan komen

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...