Pemakanan sihat

Madu adakah sesuai untuk bayi anda

Posted on September 24, 2008. Filed under: Pemakanan sihat |

 

 Image Preview Madu merupakan makanan kesihatan yang paling popular. Namun begitu ia tidak disarankan untuk bayi anda yang berusia dibawah satu tahun. Ini kerana madu mengandungi Clostrium botulinum yang boleh mengakibat bayi anda maut. Saluran penghadaman bayi tidak mampu menghalang pertumbuhan spora botulism ini yang boleh menghasilkan toksin. Kanak -kanak yang berumur satu tahun keatas boleh memakannya dengan selamat.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pilihlah Diet Yang Sihat

Posted on September 3, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Tag:, |

Sekarang terdapat pelbagai jenis diet yang berada pasaran. Kaedah diet ini digunakan adalah untuk mengawal berat badan. Contoh diet yang berada dipasaran seperti Atlkin diet,volumetric diet dan pelbagai lambakan diet yang lain. Atlkin diet umpamanya mengatakan karbohirat merupakan punca kepada kegemukkan. Altkin diet menyarankan kepada pengamalnya bahawa kita hanya perlu makan sebanyak 2/3cawan nasi sahaja sehari. Jadi keperluan tenaga akan didapati menerusi pemecahan lemakkepada glukosa. Glukosa akan menyebabkan keadaan ketosis. Pembentukan jasad keton akan membantut selera makan dan mengalakkan pengurangan lemak badan. Selain ia juga boleh mengurangkan selera kepada makanan yang manis. Diet ini membenarkan pengamalnya mengambil makanan tinggi protein dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, hasilan tenusu dan kekacang. Risiko pengamal diet ini ialah kekurangan vitamin D, osteoporosis dan meningkatkan kolesterol darah serta mengakibatkan penyakit gout. walauapapun saranan diet yang ada dipasaran, kita perlulah berbalik kepada saranan diet sihat dan seimbang mengikut piramid makanan. ia bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga kita malah boleh bantu mengawal berat badan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Makan Sayur dan Buah 5 sajian Sehari

Posted on Ogos 20, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Tag:, |

 

 

Buah dan sayur merupakan kumpulan makanan yang kedua dalam piramid makanan. Sayur dan buah kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C, karotenoid dan flavonoids. Zat tersebut dapat mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan penyakit jantung. Selain ia tidak mengandungi kolesterol ia mengandungi kandungan rendah lemak dan kalori yang boleh mengurangkan berat badan. Mineral seperti kalium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur dan buah membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. jadikan setiap kali anda makan, makanlah sajian sayur dan buah. Kita digalakkan makan buah dan sayur 5 sajian sehari . 1 sajian bersamaan dengan :

1/2 cawan sayur yang telah dimasak

sepotong betik/nenas/tembikai

sebiji pisang sederhana/limau/epal

3/4 cawan jus buah

1/4 cawan buah kering

Contoh : Sekiranya dalam masa sehari anda telah makan sebiji pisang, 3/4 cawan jus buah, 1/2 cawan bayam rebus, sepotong betik dan 1/2 cawan kangkung goreng anda telah melengkapkan 5 sajian sayur dan buah sehari.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Protein Yang Menjaga Arteri

Posted on Ogos 15, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Tag:, |

Protein yang paling baik yang boleh menggantikan protein dari sumber haiwan ialah protein  sumber kekacang. Makanlah sumber kekacang dengan banyak berbanding protein dari sumber haiwan kerana ia bukan sahaja tiada mengandungi kolesterol malah mengurangkan arteri jantung anda  tersumbat dengan lemak. Kekacang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai antioksida yang boleh mengurangkan tahap lipid dalam darah.Sumber kekacang yang baik seperti tauhu, tempe, taugeh, kacang dhal

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pemakanan Menjelang Bulan Ramadhan

Posted on Ogos 6, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Tag:, |

Tidak lama lagi kita akan menghadapi Bulan ramadhan. ramai ibu-ibu atau bapa-bapa mungkin ada memasang niat untuk menurunkan berat badan tapi apa terjadi adalah sebaliknya. saya juga ada ber bincang mengenai puasa dengan penurunan berat badan dengan rakan pejabat yang berbangsa India. Dia tidak percaya bahawa puasa boleh menurunkan berat badan sebab beliau melihat ramai orang islam mengeluh naik berat selepas berhari raya…kenapa ini boleh berlaku?  Sebenarnya dengan berpuasa kita boleh menurunkan berat badan .Ini  telah dibukti oleh satu kajian di Tehran iaiatu dengan berpuasa seseorang  boleh menurunkan berat badan sehingga 7 kilogram. Diantara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa ialah:

1. Ambillah bersahur – bersahur umpama makan malam . Ini  membantu menambahkan tenaga ketika kita seharian berpuasa. Pemakanan sihat dan seimbang dari kandungan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buahan diperlukan. Ambilah karbohidrat jenis komplek seperti bijirin, bijirin mil penuh, nasi, oats dan kekacang. Ini kerana ia boleh bertahan lama dan mengurangkan rasa lapar.elakkan mengambil makanan pembuka selera seperti telur Asin, ikan masin terlalu banyak.

2. waktu berbuka.. diibarat seperti mengambil sarapan pagi. Jadi makan tidak perlu banyak. Buka dulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga dengan cepat. Selain itu,  buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya. Pelbagaikan jenis makanan umpama bihun sup, sepinggan mee, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan.Banyakan meminum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi.

3. Makan Moreh selepas bersembahyang tarawih juga dibenarkan tapi jangan keterlaluan. Ambillah makanan ringan seperti 2 potong kuih/sandwich/pau atau buah-buahan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mee goreng kerana ketika malam kita tidak menggunakan banyak tenaga.

4. Pilihlah makanan sihat dan gerai yang bersih dan selamat ketika berbelanja.

Diharap dapatlah kita sama-sama mengamalkan pemakanan sihat , bukan kita apat pahala malah boleh mencantikkan tubuh badan

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ketahui Kalori Dalam Makanan Anda

Posted on April 18, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Tag: |

KALORI adalah unit ukuran tenaga diukur sebagai kcal. Kita perlukan tenaga untuk hidup seperti bernafas, jantung mengepam darah ke seluruhan badan, bergerak dan lain – lain aktiviti. Tenaga ini di dapati dari makanan yang kita makan.. (selanjutnya…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...