Aneka resepi simanja

Banana Cream Puff

Posted on Ogos 6, 2008. Filed under: Aneka resepi simanja | Tag:, |

Bahan-bahan:

300 grm  telur ayam

250 liter air

200 gm tepung gandum

200gm Whip cream/krim putar

100gm mentega

Beberapa keping pisang yang telah dipotong bulat-bulat

Sedikit coklat masakan

Cara Menyediakan:

1. Jerang air dengan mentega hingga mendidih. Biar 1 minit

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga menjadi doh

2. Matikan api. Biar adunan suam. Kacau adunan dengan mesin pemutar dan masukkan telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan adunan tersebut ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bulat.

4. Paipkan mengikut saiz yang digemari di atas dulang pembakar yang disapu mentega.

5. Bakar hingga masak dengan suhu 180C. Biarkan sejuk.

6. Potong dengan menggunakan pisau bergerigi, paipkan whip cream lalu disusunkan beberapa keping pisang sebelum ditutup.Hiaskan dengan sedikit coklat masakan di atasnya.

Sumber : Kompilasi si manja, terbitan Alaf21
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Bubur Nasi Bersama Lobak Merah

Posted on Ogos 6, 2008. Filed under: Aneka resepi simanja | Tag:, |

Bahan-Bahan

2-3 cawan air

1/2 cawan beras

2 batang lobak sederhana

Air dan nasi dimasak sehingga nasi lembik

Cara Menyediakan:

1. Kukus dan kisar sebatang lobak

2. Sebatang lobak merah lagi dikisar dan diambil jusnya

3. Campurkan nasi yang telah dimasak hingga lembik dengan lobak merah yang dikisar

4. Campurkan jus lobak sehingga sebati

resepi diambil dari kompilasi hidangan simanja, terbitan ALAF21
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...