Pemakanan bayi dan kanak-kanak

Bila bayi anda boleh diberi makanan Finger Foods

Posted on September 24, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag:, |

Makanan finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objekdengan menggunakan tangan. Bayi berumur diantara 8 hingga 10 bulan boleh diberi makanan finger food ini. Makanan finger food ini diberikan untuk menambahkan tenaga dan zat  kerana bayi semakin membesar. Diantara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:

1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan

2.Memegang dan mengengam objek dengan baik menggunakan tangan

3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk

4.Boleh mula minum dengan cawan

5. Boleh mengigit dengan baik

6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan

7. Dua gigi hadapan telah tumbuh

Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Petua Pemakanan untuk Anak yang mengalami Kurang Berat Badan

Posted on Ogos 29, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag: |

1.Susuilah anak anda sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun

2.Beri makanan tambahan bermula pada umur 6 bulan, mengikut sukatan harian berikut :

 

 

Umur Jenis  Zat/Nutrien Kuantiti
6 Bulan  Bijirin seperti bubur nasi

Minyak                                   

Sayur – sayuran         

  Isi ikan / ayam            

Buah – buahan           

5 sudu makan

1 sudu teh

1 sudu makan penuh

1 sudu makan penuh

2 sudu makan penuh 

 

7 – 9 Bulan   Bijirin seperti bubur nasi

Minyak                                  

Sayur – sayuran          

Isi ikan / ayam            

Buah – buahan        

2 cawan

2 sudu teh

3 sudu makan penuh

2 sudu makan penuh

2 sudu makan penuh

 

10 – 12 Bulan  Nasi dan gantiannya  

Minyak                       

Sayur – sayuran          

 Isi ikan / ayam                        

 

Buah – buahan           

1 ¾ cawan nasi lembik atau 2 keping roti

2 sudu teh

3 sudu makan penuh

4 sudu makan penuh atau 1 kotak mancis isi ayam atau daging

2 sudu makan penuh 

 

1 – 3 Tahun  Bijirin seperti nasi      

Minyak dan lemak     

Sayur – sayuran berdaun dan berwarna ( dimasak )

Daging, ikan, ayam                

Telur                        

 Kekacang :dal / tauhu

Buah – buahan           

Susu                                                                        

2 – 3 cawan

3 sudu makan penuh

3 sudu makan penuh 

1 – 1 ½ ekor saiz sederhana Contoh : ikan

1 biji

2 sudu teh

1/3 hiris

1 – 2 cawan 

4 – 6 Tahun  Bijirin seperti nasi      

Minyak dan lemak     

Sayur – sayuran Berdaun dan berwarna ( dimasak )

Daging, ikan, ayam 

Telur                           

Kekacang : dal / tauhu                                            

Buah – buahan           

Susu                                         

3 – 4 1/3 cawan

4 sudu makan penuh

4 sudu makan penuh

 1 ½ – 2 ekor saiz sederhana Contoh : ikan

1 biji

2 sudu teh

½ hiris

1 – 2 cawan 

 

Sumber : flyers BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Bagaimana Mengetahui Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Makan

Posted on Ogos 5, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag:, |

Apabila bayi anda telah berusia 6 bulan anda boleh menguji kesediaannya menerima makanan baru dengan cara:

  • Bayi anda boleh menegakkan kepala apabila didudukan
  • Menolak lidahnya ke atas dan ke luar apabila diletakkan makanan ke dalam mulutnya
  • Anda boleh menguji dengan meletakan sedikit makanan pada hujung lidahnnya, jika bibirnya ditutup atau bayi menolak ,ini bermakna bayi anda belum bersedia
  • Bayi anda mungkin meleleh air liur, membuka mulut apabila melihat anda makan
  • Bayi anda menangis dengan lebih kerap antara waktu makan, ini menunjukkan pemberian susu tidak lagi mencukupi bagi bayi anda! 
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Proses Pemberian Makanan Pelengkap

Posted on Ogos 5, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag:, |

Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda. Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:

  • Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus
  • Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll
  • Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam
  • Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein
  • Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu
  • Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Menu Sihat 5 hari untuk kanak-kanak di rumah pengasuh

Posted on April 18, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag:, |

Ini adalah satu menu yang ringkas tetapi ia adalah seimbang dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Diharap ia dapat memberikan satu idea bagaimana nak menyediakan makanan seimbang walaupun ibu sibuk. (selanjutnya…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tip-tip untuk Ibu Bekerja menyediakan menu sihat anak

Posted on April 18, 2008. Filed under: Pemakanan bayi dan kanak-kanak | Tag:, |

Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah pengasuh mempunyai taraf pemakanan yang tidak sempurna dan mengalami kekurangan berat badan. Ini kemungkinan terjadi akibat pengasuh tidak memberikan makanan yang sempurna dan tidak seimbang. Oleh itu, Ibu –ibu yang bekerja disarankan agar membekalkan makanan tambahan kepada anak mereka apabila menghantar ke rumah jagaan kanak – kanak supaya mereka tidak mengalami kekurangan zat makanan. (selanjutnya…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...