Bila bayi anda boleh diberi makanan Finger Foods
Makanan finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objekdengan menggunakan tangan. Bayi berumur diantara 8 hingga 10 bulan boleh diberi makanan finger food ini. Makanan finger food ini diberikan untuk menambahkan tenaga dan zat kerana bayi semakin membesar. Diantara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:
1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan
2.Memegang dan mengengam objek dengan baik menggunakan tangan
3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk
4.Boleh mula minum dengan cawan
5. Boleh mengigit dengan baik
6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan
7. Dua gigi hadapan telah tumbuh
Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )Petua Pemakanan untuk Anak yang mengalami Kurang Berat Badan
1.Susuilah anak anda sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun
2.Beri makanan tambahan bermula pada umur 6 bulan, mengikut sukatan harian berikut :
Umur | Jenis Zat/Nutrien | Kuantiti |
6 Bulan | Bijirin seperti bubur nasi
Minyak Sayur – sayuran Isi ikan / ayam Buah – buahan |
5 sudu makan
1 sudu teh 1 sudu makan penuh 1 sudu makan penuh 2 sudu makan penuh
|
7 – 9 Bulan | Bijirin seperti bubur nasi
Minyak Sayur – sayuran Isi ikan / ayam Buah – buahan |
2 cawan
2 sudu teh 3 sudu makan penuh 2 sudu makan penuh 2 sudu makan penuh
|
10 – 12 Bulan | Nasi dan gantiannya
Minyak Sayur – sayuran Isi ikan / ayam
Buah – buahan |
1 ¾ cawan nasi lembik atau 2 keping roti
2 sudu teh 3 sudu makan penuh 4 sudu makan penuh atau 1 kotak mancis isi ayam atau daging 2 sudu makan penuh
|
1 – 3 Tahun | Bijirin seperti nasi
Minyak dan lemak Sayur – sayuran berdaun dan berwarna ( dimasak ) Daging, ikan, ayam Telur Kekacang :dal / tauhu Buah – buahan Susu |
2 – 3 cawan
3 sudu makan penuh 3 sudu makan penuh 1 – 1 ½ ekor saiz sederhana Contoh : ikan 1 biji 2 sudu teh 1/3 hiris 1 – 2 cawan |
4 – 6 Tahun | Bijirin seperti nasi
Minyak dan lemak Sayur – sayuran Berdaun dan berwarna ( dimasak ) Daging, ikan, ayam Telur Kekacang : dal / tauhu Buah – buahan Susu |
3 – 4 1/3 cawan
4 sudu makan penuh 4 sudu makan penuh 1 ½ – 2 ekor saiz sederhana Contoh : ikan 1 biji 2 sudu teh ½ hiris 1 – 2 cawan |
Sumber : flyers BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )
Proses Pemberian Makanan Pelengkap
Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda. Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:
- Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus
- Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll
- Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam
- Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein
- Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu
- Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.