Pilihlah Diet Yang Sihat
Sekarang terdapat pelbagai jenis diet yang berada pasaran. Kaedah diet ini digunakan adalah untuk mengawal berat badan. Contoh diet yang berada dipasaran seperti Atlkin diet,volumetric diet dan pelbagai lambakan diet yang lain. Atlkin diet umpamanya mengatakan karbohirat merupakan punca kepada kegemukkan. Altkin diet menyarankan kepada pengamalnya bahawa kita hanya perlu makan sebanyak 2/3cawan nasi sahaja sehari. Jadi keperluan tenaga akan didapati menerusi pemecahan lemakkepada glukosa. Glukosa akan menyebabkan keadaan ketosis. Pembentukan jasad keton akan membantut selera makan dan mengalakkan pengurangan lemak badan. Selain ia juga boleh mengurangkan selera kepada makanan yang manis. Diet ini membenarkan pengamalnya mengambil makanan tinggi protein dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, hasilan tenusu dan kekacang. Risiko pengamal diet ini ialah kekurangan vitamin D, osteoporosis dan meningkatkan kolesterol darah serta mengakibatkan penyakit gout. walauapapun saranan diet yang ada dipasaran, kita perlulah berbalik kepada saranan diet sihat dan seimbang mengikut piramid makanan. ia bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga kita malah boleh bantu mengawal berat badan.


