Pemakanan untuk Pesakit Gout
Makanan mengandungi purin dan metabolismanya akan menghasilkan asid uric dalam darah. Jika terdapat gangguan ke atas proses metabolism purin, pengumpulan asid uric yang tinggi dalam air kencing akan mengakibatkan batu karang. Asid urik akan berkumpul di sendi-sendi dan menyebabkan penyakit gout. Aras asid uric yang normal di dalam darah kita adalah kurang daripada (340umol/L)
Pemakanan yang asid uric yang berlebihan menyebabkan pengalami penyakit gout aatau penyakit ‘hyperuricaemia
Jenis Diet yang diperlukan
· Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi perlu dielakkan
· Kuantiti dan kekerapan makanan tinggi purin dimakan setiap kali akan menentukan jumlah kuantiti purin yang diambil
Jenis Makanan yang tinggi purin ialah
|
Protein |
Hati,jantung,hempedal,otak,daging, ikan bilis, ikan sardin, ketam |
|
Kekacang |
Kacang soya, kacang dhal, tempeh, tauhu |
|
Bijirin |
Oat, bijirin sarapan pagi,roti |
|
Sayur-sayuran |
Bunga kobis, bayam, cendawan,asparagus, ovacado |
Selain mengawal makanan yang tinggi purin pesakit juga perlu mengawal berat badan, minum banyak air sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk mengkumuhkan asid urikdan elakkan mengambil alkohol. Ini kerana alkohol boleh meningkatkan asid urik dalam badan.



