Pemakanan Menjelang Bulan Ramadhan

Posted on Ogos 6, 2008. Filed under: Pemakanan sihat | Label:, |

Tidak lama lagi kita akan menghadapi Bulan ramadhan. ramai ibu-ibu atau bapa-bapa mungkin ada memasang niat untuk menurunkan berat badan tapi apa terjadi adalah sebaliknya. saya juga ada ber bincang mengenai puasa dengan penurunan berat badan dengan rakan pejabat yang berbangsa India. Dia tidak percaya bahawa puasa boleh menurunkan berat badan sebab beliau melihat ramai orang islam mengeluh naik berat selepas berhari raya…kenapa ini boleh berlaku?  Sebenarnya dengan berpuasa kita boleh menurunkan berat badan .Ini  telah dibukti oleh satu kajian di Tehran iaiatu dengan berpuasa seseorang  boleh menurunkan berat badan sehingga 7 kilogram. Diantara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa ialah:

1. Ambillah bersahur – bersahur umpama makan malam . Ini  membantu menambahkan tenaga ketika kita seharian berpuasa. Pemakanan sihat dan seimbang dari kandungan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buahan diperlukan. Ambilah karbohidrat jenis komplek seperti bijirin, bijirin mil penuh, nasi, oats dan kekacang. Ini kerana ia boleh bertahan lama dan mengurangkan rasa lapar.elakkan mengambil makanan pembuka selera seperti telur Asin, ikan masin terlalu banyak.

2. waktu berbuka.. diibarat seperti mengambil sarapan pagi. Jadi makan tidak perlu banyak. Buka dulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga dengan cepat. Selain itu,  buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya. Pelbagaikan jenis makanan umpama bihun sup, sepinggan mee, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan.Banyakan meminum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi.

3. Makan Moreh selepas bersembahyang tarawih juga dibenarkan tapi jangan keterlaluan. Ambillah makanan ringan seperti 2 potong kuih/sandwich/pau atau buah-buahan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mee goreng kerana ketika malam kita tidak menggunakan banyak tenaga.

4. Pilihlah makanan sihat dan gerai yang bersih dan selamat ketika berbelanja.

Diharap dapatlah kita sama-sama mengamalkan pemakanan sihat , bukan kita apat pahala malah boleh mencantikkan tubuh badan

About these ads

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

    Perihal

    Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: